','top','0px','right','0px','123456','150','150','transparent','ffffff'); SRI SEREMBAN

Time Online

SRI Seremban via Facebook

Sabtu, Jun 19

Majlis Makan Malam Sempena Sambutan ke-20 Tahun

Tuan,
Majlis Makan Malam Sempena Sambutan ke-20 Tahun


Didoakan semoga tuan sekeluarga sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengelola Sekolah SRI Seremban dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan menganjurkan Majlis Makan Malam "Tautan Kasih" sempena sambutan ke-20 tahun Sekolah SRI Seremban

Objektif majlis tersebut ialah :
i. Sebagai usaha mengutip derma untuk membiayai pembinaan bangunan tambahan blok 4 tingkat
ii. untuk mengumpulkan semua penggerak dan mereka yang menyokong kepada penubuhan dan kejayaan sekolah
iii. untuk merapatkan tautan ukhwah Islamiah antara semua yang terlibat dalam penubuhan sekolah


Butir-butir majlis adalah seperti ketetapan berikut :

    Tarikh           : 31 Julai 2010 / 19 Syaaban 1431
    Hari              : Sabtu
    Masa              : 7.45 hingga 11.00 malam
    Tempat          : Medan Ilmu SRI Seremban
    Anggaran kehadiran : 2000 orang

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mempelawa tuan untuk sama-sama menjayakan program ini dengan membeli sambil menderma tiket meja atau kerusi yang ditawarkan seperti berikut :
  • 1 kerusi     - RM 100.00
  • 1 meja       - RM 1000.00

0 comments:

Catat Ulasan

-Total Visiter-